Blogger Templates
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

26 February, 2012

BE STRONG WAHAI HATI!!!!!!!!


♥♥AIR MATA ini mengalir izin dariNya..
♥♥SENYUMAN ini dilakar izin dariNya..
♥♥KEGEMBIRAAN ini tercipta izin dariNya..
♥♥KESEDIHAN ini dirasa izin dariNya..

Apa yang ku RASA, semuanya adalah IZIN dariNya kerana Dia pemilik diri ini..Allah jualah yang menciptakan tawa dan tangis..aku ingin BERSYUKUR atas segala rasa yang telah dan akan Dia berikan..insyaAllah..

>>> JANGAN MENILAI orang, kamu tidak tahu apa yang telah dilaluinya..kamu mungkin MENDENGAR CERITANYA, tapi kamu tidak tahu apa yang DIRASAKAN oleh hatinya…♥♥

p/s : Saya hanya WANITA BIASA yang memerlukan SEKEPING HATI yang luar biasa..HATI yang KUAT, TEGUH, SABAR..dan REDHA, biarlah manusia menilai diri ini mengikut caranya, mengikut pemikirannya, mengikut cita rasanya tetapi yang pasti NILAIAN Allah adalah yang terbaik buat diri ini..♥♥

24 February, 2012

Macam mana rasa baby gerak dalam perut


ni bukan gambar perut saya ye..jangan salah sangka..image ihsan dari google search.. ngee

sekarang baby gerak sangat aktif ada msa msa tak mybe tgok mood..huhu.... kadang-kadang sampai perut berombak dibuatnya...apa la yang dibuatnya kan kat dalam tu...macam mana nak gambarkan rasa baby gerak? hanya yang mengalaminya saja yang tahu. saat indah yang tak mungkin dilupakan.

ade rasa geli, sakit, tegang, mengeras, berbonjol-bonjol perut dibuatnya. bila dia mengeras atau ade movement yang membuatkan saya rasa tak selesa cepat2 saya usap perut. secara automatic baby perlahankan pergerakkannya kdg2 mkin agresif plak,hihi..ajaibkan…

23 February, 2012

KELEBIHAN MAKAN NEUROGAIN & KURMA UNTUK IBU HAMIL.


KELEBIHAN MAKAN NEUROGAIN

Neurogain PB adalah salah satu daripada supplement yang bleh dimakan oleh ibu hamil.. Selain dari obimin & acid folic.. aku baru tau pasal neurogain ni dr kak ipar aku..huhu.. kandungn pun dh nak masuk 7 bulan.. tapi ada orang kata.. leh makan masa trimester terakhir ni.. wlpun aku rasa ak dh terlewat..hihi.. Mengikut komen-komen yang aku dapat daripada ibu-ibu mengandung kat forum susu ibu itu, ada yang kata 4 bulan mengandung & ke atas disyorkan makan neurogain ni hingga lah semasa baby menyusu. Neurogain ni adalah sejenis minyak ikan.. ramai doctor yang syorkan makan neurogain ni. Kelebihan yang diperoleh dari supplement ini adalah untuk merangsang perkembangan otak baby. Berdasarkan source dari http://victor-health.blogspot.com/ , pada akhir minggu ketiga kehamilan merupakan waktu yang tepat untuk memulai mengkonsumsi minyak ikan, karena laju pertumbuhan otak manusia mulai terjadi saat itu, hingga beberapa bulan pertama setelah bayi dilahirkan. Penelitian lain menyimpulkan bahwa Cod liver oil yang dikonsumsi selama kehamilan dapat meningkatkan berat lahir dan menekan risiko bayi mengalami diabetes type 1."



KELEBIHAN MAKAN KURMA

Sebenarnya aku x suka makan kurma. Tetapi, ketika hamil ni memang digalakkan lah sangat untuk makan kurma ni. Selalunya aku makan 1 kali sehari.. kelebihan kurma ni aku peroleh daripada 
http://panduanpreggy.blogspot.com/2009_02_01_archive.html
Selalunya, buah kurma ini hanya dimakan sewaktu bulan puasa sahaja. Tapi bagi ibu yang sedang hamil... buah kurma sememangnya amat bagus untuk dijadikan makanan harian.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

Buah kurma semenangnya baik untuk diamalkan pemakanannya semasa mengandung kerana ia akan memudahkan proses bersalin nanti. Selepas bayi dilahirkan, buah kurma juga bagus untuk dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s.
Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Jadi anda tidak perlu risau atau takut diserang kencing manis, apa yang harus dibuat, hanyalah menjauhkan makanan manis2 yang lain.

Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.


Antara kelebihan-kelebihan dan khasiat buah kurma ialah:-

1. Kaya dengan zat besi - sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).

2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.

3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.

4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.

5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.

6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.

7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.


DOA SEORANG ISTERI UNTUK SUAMINYA





Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku
dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala
perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala
dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu
Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, amin Ya Rabbal Allamin