Salam
semua :)
Hari
nie hari ke-25 berpantang, Faleesha sudah 3 minggu.
Kejap
je kan? Lagi 19 hari dah abis pantang.
Rase
macam baru semalam rasa sakit bersalinkan dia.. >,<
Dah
lama nak type entry nie, tapi tak berkesempatan..
Celik
mata, si Faleesha dah merengek nak susu,
Baru
nak on laptop kang, dia mencemik2 nak suruh tukar pampers,
2
jam sekali nak BF dia,
Nasib
baik tadi petang dia berjaga main2 dengan atok & nenek,
So
sempat la mama dia menaip entry baru :-)
Saya
tak tahu nak start kat mana pasal
pengalaman bersalin nie.
Tapi
since ramai jugak yang suruh share detik terindah itu,
Okkay,
how to start huh?
#11.00
pm: Nama dipanggil masuk ke bilik pemeriksaan. Sempat teguk 3x air Zam-zam..
#
Doc interview tanya itu-ini. Pasang CTG kat perut nak tengok contraction..
Graph cantek..
#
Pengalaman pertama kena SELUK (Saaakit!). Sumpah kalau saya tahu seluk tue
SAKIT & TAK SELESA, lagi lambat2 pegi hspital. Huh! Dilated 4cm already.
Alamak! Ingatkan baru 1-2cm.trus masuk ubat Enema di bontot untuk membuang
segala benda2 dalam perut. Selesai!
# 1.30
am: Dihantar ke labour room n CTG lagi..
Amik darah..
Seksa & rimas sangat! Dah tak boleh bangun dari katil. Kencing
& berak harus di katil sahaja..
# Mak
always call tanya mcm mna keadaan.. Pesan mak - Istighfar, doa Nabi Yunus &
Ayat Kursi..Mak,thank ye coz sudi tunggu diah...walaupun tngu kat lua tgah2 pg..yelakan...mak xleh tman,hanya suami je leh teman kat labour room..
#
3.30am -:Doctor datang review. SELUK lagi (SAAAKIT lagi!). Masih 4cm.
Contraction 30mins. Sudah mula sakit sikit, mild-pain.
# 4.00 am: Msg en.husband yg tgah tido.. Berdoa semoga selamat sampai dia dari Pahang pg
nanti. Tanya doc prediction time, "1cm = 1hour plus. Should be 9pm".
NOTED!
#
Sebelum terlupa, msg encik husband., mohon ampun dan maaf atas segala salah silap, mintak halal makan minum.. Mohon ampun atas segala kekurangan sepanjang
bergelar isteri. Sayu T_T..
#
5.30 am : Doctor review. Still no heavy contraction pain.. SELUK lagi dan
SAAAAKIT lagi. Masih 4cm dan baby tido..
#6.30
am : Doctor review. 4cm lagi :) Malu sket time nie sebab ada doc pelatih &
ada lelaki.. Goshh! Doc tanya sakit tak? Saya cakap, "Takdelah sakit
sangat!" He said, "Ini baru
gear 1, memang tak berapa sakit sangat, nanti gear 2, gear 3, awak start lah
rimas" Gila saiko doc nie! Teknik pernafasan lagi!
# 6.45
am: Doc pecahkan air ketuban,pergggghhhh…memancut2 air kuar tanpa disedari…
# 7.00
am : Kesan pecah ketuban tadi sangat HEBAT! Contraction dah rasa kuat sikit dan
mula merasakan sakit belakang. Contraction every 4-5mins.. Teknik pernafasan
makin kerap dipraktikkan..Dan berlanjutan sakit sehingga tak dapt ku
menahan..Jatuh jugak airmata ku tanpa disedari..
#Call
nurse utk panggil mak msuk bg semangat n mintak ampun..Alhamdulillah dapat gak
mak msuk..Sehingga aku menangis truk…
#11.00
am:Encik husband arrived then teman saya yg dah lama tahan sakit sampaikan saya
mintak encik husband inform doc yg saya nk operation..
# 1.00 pm : SAAAAAAAAAAAAKIIIITTTTTT sangat dasyaattt! Masya-Allah. Subhanallah! Macam
nak patah pinggang. But, since I first time mommy-to-be saya ingat ini
permulaan sakit yang orang selalu cakap tue. Teknik pernafasan still dilakukan,
tanpa gagal!Gas tahan sakit turut dibantu..
#
Doc masuk & check CTG... Nanti dah rasa macam nak meneran, macam nak berak tue, dah dekat la tue.. Sabar,
istigfar banyak2". Whattttt? seriously,saya memang rase nak meneran time
tue. Tak payah nanti2..
#
"Doc, saya dah rase nak meneran lah nie". Doc selak, pastu boleh
cakap, "Kepala baby dah nampak, ini dah bukak fully dah nie". Tiba2
rasa macam depan I dah ramai sangat nurse & doc. Tak sedar!
#
Teran yang pertama panjangggg gile ..teran yang kedua terangkat bontot sikit.
Nasib baik tak banyak. Entah bape kali teran, memang payah kot..yela no
experience..ngeee
# 1.45
pm : Allahuakbar! Alhamdulillah!
# Faleesha Nafeesa di atas dada, senyap dan tenang je.. Sementara doc keluarkan uri, rasa macam
belon air keluar je. Hilang segala tok
mak nenek kesakitan..
#
Jahit lepas bersalin sebab Episotomy supeeerrrrrrrrr SAAAAKIT! Bersalin pun tak
sakit camtue..Faleesha dibawa keluar,
dibersihkan, ditimbang. n encik husband azan n qamat after that..Rasa nak tidor
je time nie. Penat sangat!
#3.30
pm : Saya dihantar ke wad but baby ke nursery,,,
After
all,
Bila
dah melalui semua itu,
Barulah
saya merasai sendiri betapa besarnya pengorbanan seorang ibu.
Alhamdulillah,
saya dapat melalui pengalaman berharga itu.
Dan
Alhamdulillah semuanya sehingga ke hari ini,
merupakan
detik terindah sebagai seorang wanita yang kini bergelar ibu.
Syukur
atas kesempatan yang Allah berikan kepada saya..
Kepada
yang bakal melalui,
Jangan
takut kerana segala kesakitan tue berbaloi.
Kepada
yang belum melalui,
InsyaAllah,
doa banyak2 semoga saat2 indah ini akan tiba juga.
Rezeki
itu ketetapan Illahi.
1 comments:
nadia!!..congrate dear...sakit jgk aq bce experience ko ni..hihih..btw,,faleesha comel sngt..nty raya bwk la dy..nk jmpe..huhuh...:))
Post a Comment