Blogger Templates
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

26 March, 2012

Rindu ! Rindu ! Rindu !: Rindu Kawan-Kawan also..

Ni lah masalah aku sekarang ni…yang terlalu miss n rindu zaman ni…,
  • ·         aku rindu malas bangun pagi
  • ·         aku rindu malas nak mandi pagi
  • ·         aku rindu suara mak aku kejutkan aku yg malas mandi pagi
  • ·         aku rindu nak iron uniform sekolah aku tiap tiap hari
  • ·         aku rindu mak aku ingatkan aku breakfast sebelum g sekolah
  • ·         aku rindu nak pakai kasut sekolah sambil menayang stokin pink aku
  • ·         aku rindu tunggu nak naek bas pegi sekolah
  • ·         aku rindu nak jumpa kengkawan sekolah
  • ·         aku rindu panjat tangga ke kelas aku yg berada di hujung area sekolah dan tingkat paling atas
  • ·         aku rindu nak say hello kat classmate
  • ·         aku rindu time hari ade assembly,kami sebuk nak kemaskan diri
  • ·         aku rindu nak menyapu kelas kalau hari aku bertugas
  • ·         aku rindu nak jumpa ngan kawan-kawan aku
  • ·         aku rindu nak buat homwork yg tak siap pagi2 buta kat sekolah
  • ·         aku rindu nak say morning kat cikgu2 aku
  • ·         aku rindu nak usha-usha..haha
  • ·         aku rindu nak hooolahoop bersama classmates aku yg semuanya happening
  • ·         aku rindu nak gadoh-gadoh
  • ·         aku rindu cikgu mengajar dalam kelas, aku tido dlm kelas
  • ·         aku rindu time cikgu ajar aku sampai aku paham
  • ·         aku rindu nak jalan ke lab
  • ·         aku rindu time cikgu takde dlm kelas,aku conteng papan hitam
  • ·         aku rindu nak bercerita kat ustazah
  • ·         aku rindu nak p lepak kat kantin waktu lunch
  • ·         aku rindu nak ngumpat makcik kantin yg sangat PEMURAH
  • ·         aku rindu nak masuk bilik guru dan kacau cikgu
  • ·         aku rindu nak masuk kelas petang yg kadang2 aku tido
  • ·         aku rindu nak tggu bas sampai waktu nak balik rumah
  • ·         aku rindu time balek rumah, aku terus baring atas katil
  • ·         aku rindu nak dgr suara mak aku paksa aku makan nasi balek dr sekolah
  • ·         aku rindu nak buat homwork waktu after maghrib
  • ·         aku rindu nak tido jam 2 3 pagi nak siapkan omwork walaupun tak siap jugak
  • ·         aku rindu nak tido after seharian aku keletihan dan mengalami saat yg menggembirakan
  • ·         aku rindu aku rindu aku rindu
NI LAH MASALAH AKU YG TAK DAPAT DISELESAIKAN..




TETIBE NAK POST NI LAK..TERIMA KASIH 'KASIH SAYANG KU'!!

Ni sume kenangan hadiah BITHDAY yang penah my husband bg time kenal2 dulu2...ngeee...
Sajeje nk post ni,tetibe teringat lak kan..
hihi...
walaupun tak seberapa, tp sy bersyukur sgt2...nanti sy post kan lak video yg penah die wat untuk sy...
ramai membe yg bace mesti cakap "weh,terharu gile", "rase nk nangis pun ade"..huissshh...mcm2 la...
Sejujurnya sy pun TERHARU tp tak tau la my husband tau ke tak sampai hari ni...
THANK U SO MUCH 4 THIS PRESENT ABG..

ni hadiah time 2008, 2009, 2010, 2011 then this year??..
ceh,,,wait n see 20 april nanti...
CHECK IT OUT..


                            

                                                                    

                                                                          


23 March, 2012

~ akan sentiasa kulakukan..InsyaAllah...moga hati kita sentiasa dekat walaupun jasad berjauhan...

"Doakan suami setiap masa. Doa mengeratkan roh anda dengan suami. Seterusnya membentuk kasih sayang yang mendalam dan berkekalan"

Ya Allah yang maha Pengasih & Penyayang...
Lindungilah suamiku dari sebarang perkara yang tidak baik...
Tenangkan hatinya...
Permudahkanlah urusannya...
Sihatkanlah tubuh badannya...
Teguhkanlah keimanannya...
Ampunkanlah segala dosanya...
Berilah Kekuatan kepadanya untuk melaksanakan segala kewajipannya...
~Amin Ya Rabbal Alamin~

22 March, 2012

HAPPY BIRTHDAY BUAT MAK TERSAYANG!


Hari ini merupakan hari kelahiran mak yang ke-49.. Saya adalah antara insan yang bertuah hari ini kerana masih mempunyai mak  untuk disanjung dan dihargai dengan limpahan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi.. Kepada yang ibu-ibu mereka telah pergi menghadap Ilahi, doa daripada anda saban hari pasti dinanti..

Buat mak ZAINAB BT ACHIN, SELAMAT HARI LAHIR Diah ucapkan.. Dan mak dengan naluri keibuannya pasti tahu betapa sayangnya Diah pada mak sebagaimana juga Diah yang penuh yakin akan kasih mak semenjak kewujudan Diah sehingga ke hari ini dan akan berterusan selama-lamanya.

Maaf kerana tidak sempat untuk memelukmu sempena hari kebesaran mak ini kerana anakmu tidak dapat pulang ke kampung..Namun begitu, daripada suara mak di dalam telefon pagi tadi Diah pasti mak mengerti..

SELAMAT HARI LAHIR, MAK TERSAYANG.. Dikaulah hanya satu-satunya si ibu yang tiada galang gantinya di alam yang dipanggil dunia ini..

To My Lovely Husband..

->>Suamiku, isterimu ingin selalu menjadi bidadari untukmu..Tidak hanya di dunia sekarang, tapi juga sampai ke syurga Allah kelak.. So, bukan mudah seperti yang kubayangkan untuk mencapainya.. Isterimu ini juga perlu bantuan dan dukunganmu, wahai suamiku.. Ingatkanlah dengan tegas setiap kesalahanku namun dengan kelembutanmu.. Kerana isterimu ini hanyalah tulang rusuk mu yang bengkok. Jangan di paksa meluruskannya, kerana ia akan patah.. Tapi jangan juga kamu biarkan kerana ia akan selamanya bengkok.. Bimbinglah isterimu ini untuk meraih redha dari mu dan terutama redha dari Allah..

Ketahuilah suamiku, Isterimu hanyalah manusia biasa yang jauh dari sempurna.. Begitu juga dengan dirimu.. Aku hanya wanita yang boleh rapuh.. Begitu juga engkau hanya lelaki biasa yang boleh menjadi khilaf..

*Dari wanita tak sempurna yang sedang belajar menjadi perhiasan dunia untukmu, sebagai isteri soleha...

02 March, 2012

Sharing Is Caring aspecially to MY HUSBAND...about pregnant..



Adalah menjadi impian setiap wanita untuk memiliki suami yang dapat memahami mereka semasa mengandung. Hal ini kerana pada waktu ini, keadaan mereka tidak stabil dan memerlukan bantuan daripada orang lain terutamanya daripada suami. Tetapi mungkin ramai lagi suami yang di luar sana masih tidak lagi memahami situasi ini.
Apakah perkara yang perlu dilakukan suami semasa isteri mereka mengandung?

(1) Luangkan masa bersama isteri- Mungkin suami terlalu sibuk dengan pekerjaan yang perlu dilakukan. Tetapi mereka perlu berusaha untuk meluangkan masa bersama isteri. Ia kerana pada waktu ini isteri amat-amat memerlukan anda. Dengan hanya berada disamping isteri, ia dapat membantu untuk mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka.
(2) Membantu pemakanan isteri- Seperti yang anda semua tahu, pada waktu ini isteri biasanya akan mengidam. Suami sepatutnya membantu untuk memenuhi kehendak mereka. Selain daripada itu, isteri juga memerlukan makanan yang berkhasiat. Sekiranya suami membelikan mereka yogurt, madu, buah-buahan atau makanan kesihatan yang lain adalah lebih baik.
(3) Perlahan-Suami perlu tahu bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan mereka akan menjadi perlahan. Apabila suami membawa isteri mereka untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan anda memahami situasi isteri anda. Tidak perlu untuk memarahi mereka disebabkan pergerakan mereka yang lambat.
(4) Tidak perlu bertanya, terus lakukan- Semasa isteri anda mengandung, tidak perlulah suami bertanyakan mengenai apa yang perlu dilakukan. Apabila melihat kain banyak tidak dibasuh, terus pergi untuk membasuhnya. Begitu juga terhadap kerja rumah yang lain. Ia adalah ciri seorang suami yang baik.
(5) Belajar- Semasa isteri anda mengandung, mereka akan mengalami perubahan yang besar di dalam aktiviti harian mereka. Suami seharusnya belajar mengenai tanda-tanda seperti ini. Ia akan membuatkan anda lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah, terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya.
(6) Membantu menyiapkan hidangan makan- Sekiranya sebelum ini segala tugasan hanya dilakukan oleh isteri semata-mata untuk memastikan suami mereka kenyang, tidak salah sekiranya semasa isteri mengandung, suami pula melakukan tugasan yang sama.
(7) Membantu menjaga anak yang lain- Ini adalah peluang keemasan untuk suami menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.
(8) Membawa isteri ke mana sahaja- Pada waktu ini, sebaiknya jangan biarkan isteri anda memandu seorang diri. Sekiranya anda mempunyai masa, bawalah mereka ke mana sahaja mereka ingin pergi.
(9) Pinjamkan tangan anda pada isteri- Apabila isteri ingin memakan ubat, pinjamkanlah tangan anda untuk pergi mengambil ubat. Kemudian pinjamkan tangan anda untuk pergi ambil air suam di dapur.

Mahu Berjanji La To My Husband..

Pic kat atas ni My Husband..tiba- tiba nak sikit emosi , sentimental plak malam- malam ni..sebelum tido, post entry baru dulu.. tangan menaip, telinga tengah dengar lagu best,RAPUH tajuknya..

Dengar lagu ni, buatkan aku teringat pada my husband..makin rindu kat dia, jadi makin tak sabar nak tunggu die blik dr pasang PA system..hihi..

 cinta tak akan berhasil tanpa ada kepercayaan dan kejujuran.

Dengar lagu ni terus nak janji pada my husband...

# saya akan sayang awak sepenuh hati saya sepanjang hayat saya
# saya akan jaga awak melebihi saya jaga diri saya sendiri
# saya tak akan buat awak marah, terasa hati, kecik hati
# saya nak awak sentiasa senang hati, senyum, gembira sepanjang bersama saya
# saya bersyukur dapat awak, sebab awak macam apa yang saya impikan, apa yang saya bayangkan
# saya tak nak yang hensem di mata orang, tapi hensem di mata saya. saya tak nak yang banyak harta, tapi cukuplah yang dapat jaga saya, cukup makan pakai saya.
# saya tau saya akan bahagia dengan awak sebab awak dah membahagiakan saya sekarang ni. hubungan kita atas restu kluarga,itu bukti kita akan bahagia sehingga hujung nyawa kita.

*i love n miss u my husband