Blogger Templates
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

10 June, 2012

:: Experience. Detik. Kelahiran. oh! Pengalaman. Bersalin ::

Salam semua :)
Hari nie hari ke-25 berpantang, Faleesha sudah 3 minggu.
Kejap je kan? Lagi 19 hari dah abis pantang.
Rase macam baru semalam rasa sakit bersalinkan dia.. >,<
Dah lama nak type entry nie, tapi tak berkesempatan..
Celik mata, si Faleesha dah merengek nak susu,
Baru nak on laptop kang, dia mencemik2 nak suruh tukar pampers,
2 jam sekali nak BF dia,
Nasib baik tadi petang dia berjaga main2 dengan atok & nenek,
So sempat la mama dia menaip entry baru :-)
Saya tak  tahu nak start kat mana pasal pengalaman bersalin nie.
Tapi since ramai jugak yang suruh share detik terindah itu,
Okkay, how to start huh?

#11.00 pm: Nama dipanggil masuk ke bilik pemeriksaan. Sempat teguk 3x air Zam-zam..
# Doc interview tanya itu-ini. Pasang CTG kat perut nak tengok contraction.. Graph cantek..
# Pengalaman pertama kena SELUK (Saaakit!). Sumpah kalau saya tahu seluk tue SAKIT & TAK SELESA, lagi lambat2 pegi hspital. Huh! Dilated 4cm already. Alamak! Ingatkan baru 1-2cm.trus masuk ubat Enema di bontot untuk membuang segala benda2 dalam perut. Selesai!
# 1.30 am: Dihantar ke labour room n  CTG lagi.. Amik darah..
 Seksa & rimas sangat! Dah tak boleh bangun dari katil. Kencing & berak harus di katil sahaja..
# Mak always call tanya mcm mna keadaan.. Pesan mak - Istighfar, doa Nabi Yunus & Ayat Kursi..Mak,thank ye coz sudi tunggu diah...walaupun tngu kat lua tgah2 pg..yelakan...mak xleh tman,hanya suami je leh teman kat labour room..
# 3.30am -:Doctor datang review. SELUK lagi (SAAAKIT lagi!). Masih 4cm. Contraction 30mins. Sudah mula sakit sikit, mild-pain.
# 4.00 am: Msg en.husband yg tgah tido.. Berdoa semoga selamat sampai dia dari Pahang pg nanti. Tanya doc prediction time, "1cm = 1hour plus. Should be 9pm". NOTED!
# Sebelum terlupa, msg encik husband., mohon ampun dan maaf atas segala salah silap, mintak halal makan minum.. Mohon ampun atas segala kekurangan sepanjang bergelar isteri. Sayu T_T..
# 5.30 am : Doctor review. Still no heavy contraction pain.. SELUK lagi dan SAAAAKIT lagi. Masih 4cm dan baby tido..
#6.30 am : Doctor review. 4cm lagi :) Malu sket time nie sebab ada doc pelatih & ada lelaki.. Goshh! Doc tanya sakit tak? Saya cakap, "Takdelah sakit sangat!" He  said, "Ini baru gear 1, memang tak berapa sakit sangat, nanti gear 2, gear 3, awak start lah rimas" Gila saiko doc nie! Teknik pernafasan lagi!
# 6.45 am: Doc pecahkan air ketuban,pergggghhhh…memancut2 air kuar tanpa disedari…
# 7.00 am : Kesan pecah ketuban tadi sangat HEBAT! Contraction dah rasa kuat sikit dan mula merasakan sakit belakang. Contraction every 4-5mins.. Teknik pernafasan makin kerap dipraktikkan..Dan berlanjutan sakit sehingga tak dapt ku menahan..Jatuh jugak airmata ku tanpa disedari..
#Call nurse utk panggil mak msuk bg semangat n mintak ampun..Alhamdulillah dapat gak mak msuk..Sehingga aku menangis truk…
#11.00 am:Encik husband arrived then teman saya yg dah lama tahan sakit sampaikan saya mintak encik husband inform doc yg saya nk operation..
# 1.00 pm : SAAAAAAAAAAAAKIIIITTTTTT sangat dasyaattt! Masya-Allah. Subhanallah! Macam nak patah pinggang. But, since I first time mommy-to-be saya ingat ini permulaan sakit yang orang selalu cakap tue. Teknik pernafasan still dilakukan, tanpa gagal!Gas tahan sakit turut dibantu..
# Doc masuk & check CTG... Nanti dah rasa macam nak meneran, macam nak berak tue, dah dekat la tue.. Sabar, istigfar banyak2". Whattttt? seriously,saya memang rase nak meneran time tue. Tak payah nanti2..
# "Doc, saya dah rase nak meneran lah nie". Doc selak, pastu boleh cakap, "Kepala baby dah nampak, ini dah bukak fully dah nie". Tiba2 rasa macam depan I dah ramai sangat nurse & doc. Tak sedar!
# Teran yang pertama panjangggg gile ..teran yang kedua terangkat bontot sikit. Nasib baik tak banyak. Entah bape kali teran, memang payah kot..yela no experience..ngeee
# 1.45 pm : Allahuakbar! Alhamdulillah!
# Faleesha Nafeesa di atas dada, senyap dan tenang je.. Sementara doc keluarkan uri, rasa macam belon air keluar je.  Hilang segala tok mak nenek kesakitan..
# Jahit lepas bersalin sebab Episotomy supeeerrrrrrrrr SAAAAKIT! Bersalin pun tak sakit camtue..Faleesha  dibawa keluar, dibersihkan, ditimbang. n encik husband azan n qamat after that..Rasa nak tidor je time nie. Penat sangat!
#3.30 pm : Saya dihantar ke wad but baby ke nursery,,,

After all,
Bila dah melalui semua itu,
Barulah saya merasai sendiri betapa besarnya pengorbanan seorang ibu.
Alhamdulillah, saya dapat melalui pengalaman berharga itu.
Dan Alhamdulillah semuanya sehingga ke hari ini,
merupakan detik terindah sebagai seorang wanita yang kini bergelar ibu.
Syukur atas kesempatan yang Allah berikan kepada saya..

Kepada yang bakal melalui,
Jangan takut kerana segala kesakitan tue berbaloi.
Kepada yang belum melalui,
InsyaAllah, doa banyak2 semoga saat2 indah ini akan tiba juga.
Rezeki itu ketetapan Illahi.






Selamat Hari Lahir Buat Suami Tercinta...



"Happy birthday to u...happy birthday to u..happy birthday to abang...
happy birthday to u.."

Lamenye xupdate blog,maklumlah tgah pantang,hihi..Nak story cket,25 May 2012 yang lalu, genap lah usia suamiku 22 tahun.dengan ni ku ucapakan "selamat Hari lahir yg ke 22 buat suami tercinta"..alhamdulillah hubungan kami semakin penuh dgn kasih sayang dari bujang,bertunang,berkahwin smpai lah dah berkeluarga..

urmm aku pon tak tau nak hadiahkan apa kat dia,.Cup Cake ni sempat lg 5jam sblm ke hospital blh lg wat tempahan..mcm tau2 je kan..urm..Hadiah?ermm..appn tgoklah nti sbb now dalam pntang,so,hadiah pon postpone..tp apa yg paling bermakna skrg ni adalah kelahiran permata hati kami "Faleesha Nafeesa"..kehadiran Faleesha menambahkan seri & kebahagiaan dlm rumahtangga kami..itulah hadiah yang terlalu berharga nilainya..


Ucapan terakhir buat suami semoga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki,diberikan kebahagiaan hidup dan menjadi suami/papa yg bertanggungjawab dan juga diharapkan semoga rumahtangga kita sentiasa dlm keadaan aman bahagia...

Selamat Hari Lahir Abang..Syg & Faleesha luv u till the end..mmuahhh!!!