Blogger Templates
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

22 March, 2012

HAPPY BIRTHDAY BUAT MAK TERSAYANG!


Hari ini merupakan hari kelahiran mak yang ke-49.. Saya adalah antara insan yang bertuah hari ini kerana masih mempunyai mak  untuk disanjung dan dihargai dengan limpahan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi.. Kepada yang ibu-ibu mereka telah pergi menghadap Ilahi, doa daripada anda saban hari pasti dinanti..

Buat mak ZAINAB BT ACHIN, SELAMAT HARI LAHIR Diah ucapkan.. Dan mak dengan naluri keibuannya pasti tahu betapa sayangnya Diah pada mak sebagaimana juga Diah yang penuh yakin akan kasih mak semenjak kewujudan Diah sehingga ke hari ini dan akan berterusan selama-lamanya.

Maaf kerana tidak sempat untuk memelukmu sempena hari kebesaran mak ini kerana anakmu tidak dapat pulang ke kampung..Namun begitu, daripada suara mak di dalam telefon pagi tadi Diah pasti mak mengerti..

SELAMAT HARI LAHIR, MAK TERSAYANG.. Dikaulah hanya satu-satunya si ibu yang tiada galang gantinya di alam yang dipanggil dunia ini..

0 comments: