->>Suamiku, isterimu ingin selalu menjadi bidadari untukmu..Tidak hanya di dunia sekarang, tapi juga sampai ke syurga Allah kelak.. So, bukan mudah seperti yang kubayangkan untuk mencapainya.. Isterimu ini juga perlu bantuan dan dukunganmu, wahai suamiku.. Ingatkanlah dengan tegas setiap kesalahanku namun dengan kelembutanmu.. Kerana isterimu ini hanyalah tulang rusuk mu yang bengkok. Jangan di paksa meluruskannya, kerana ia akan patah.. Tapi jangan juga kamu biarkan kerana ia akan selamanya bengkok.. Bimbinglah isterimu ini untuk meraih redha dari mu dan terutama redha dari Allah..
Ketahuilah suamiku, Isterimu hanyalah manusia biasa yang jauh dari sempurna.. Begitu juga dengan dirimu.. Aku hanya wanita yang boleh rapuh.. Begitu juga engkau hanya lelaki biasa yang boleh menjadi khilaf..
*Dari wanita tak sempurna yang sedang belajar menjadi perhiasan dunia untukmu, sebagai isteri soleha...
0 comments:
Post a Comment